Rabu, 07 Okt 2026
  • Pondok Pesantren Putri IMMIM Pangkep, Pesantren yang khusus menerima santri putri ini, kampusnya berada di bilangan jalan poros Kecamatan Minasatene Kabupaten Pangkep

Meraih Ijazah Sanad al-Muqaddimah al-Jazariyah dan Syarahnya

Meraih Ijazah Sanad al-Muqaddimah al-Jazariyah dan Syarahnya

Oleh: Muhammad Farid Wajdi *)

Related Post: Mengenal Profil Imam Ibnul Jazariy

BLOGGURU – Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah (المقدمة الجزرية) adalah sebuah karya Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf al-Jazari al-Syafi’i (833H) atau yang lebih populer dengan gelaran Imam Ibnu al-Jazari. Kitab yang disusun dalam bentuk bait-bait syair ini merupakan salah satu karya utama dalam disiplin ilmu Tajwid. Judul asal kitab ini ialah al-Muqaddimah fi ma yajibu ‘ala Qari’ an Yu’allimahu (المقدمة في ما يجب على قارئ القرآن أن يعلمه).

Kandungan kitab ini merangkumi beberapa bab ilmu Tajwid yang dijelaskan secara mudah dan sistematik; bermula dengan penjelasan sifat dan makhraj huruf-huruf di dalam al-Qur’ān, beberapa asas ilmu Tajwid hingga pembahasan yang berkaitan dengan penulisan perkataan di dalam Rasm ‘Uthmani.

Kepentingan karya ini berbanding karya-karya yang lain, adalah kerana penjelasan yang diberi amatlah ringkas dan mudah difahami, dirangkai dalam bait-bait syair yang indah dan penuh makna, sehingga sesuai untuk golongan yang baru mahu memulakan perjalanan intelektual mereka dalam tradisi ini.

Kitab ini telah menarik perhatian para ulama, di mana mereka telah menyusun beberapa karya sebagai huraian (syarah)nya, antaranya;

  1. Al-Hawasyi  al-Mufahhimah li Syarh al-Muqaddimah (الحواشي المفهمة لشرح المقدمة), karya Abu Bakr Ahmad bin Muhammad al-Jazari (859H). Beliau adalah anak kepada Ibnu al-Jazari.
  2. Al-Daqa-iq al-Muhakkamah fi Syarh al-Muqaddimah (الدقائق المحكمة في شرح المقدمة), karya Zakariyya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Syafi’i (926H).
  3. Al-Manh al-Fikriyyah fi Syarh al-Muqaddimah al-Jazariyyah (المنح الفكرية في شرح المقدمة الجزرية), karya Mulla bin ‘Ali bin Sulthan Muhammad al-Qari (1014H).

Kitab ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah dalam bahasa Arab boleh dimuat turun melalui pautan المقدمة الجزرية.

Alhamdulillah, sungguh menjadi satu kebahagiaan tersendiri al-faqir dapat mengikuti majelis sama’ wal ijazah untuk Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyah ini dengan kitab syarahnya, baik dari ustadzuna, Ustadz azhar al-Maidany, ustadz Ahmad al-Hawasy, maupun dari Ustadz Abu Abdillah al-Batawy. Di sisi lain, penulis juga telah memberikan catatan terjemahan dan mempublikasikannya di media Blog Guru ini.

  1. Matan Jazariyah dan Terjemahnya – 1
  2. Matan Jazariyah dan Terjemahnya – 2
  3. Matan Jazariyah dan Terjemahnya – 3
  4. Matan Jazariyah dan Terjemahnya – 4
  5. Matan Jazariyah dan Terjemahnya – 5
Ijazah Sanad al-Muqaddimah al-Jazariyah dan syarahnya. (foto: ist/*)

Ijazah Sanad al-Muqaddimah al-Jazariyah dan syarahnya. (foto: ist/*)

Demikian sedikit catatan dari al-faqir, semoga bermanfaatnya adanya. Barakallahu fiikum. (*)

 

(* Muhammad Farid Wajdi,  Guru Al-Qur’an-Hadits/Pengasuh Ponpes Modern Putri IMMIM Minasatene-Pangkep.

 

Sehimpun Tulisan/Artikel terkait:

  1. Tips Mudah dan Efektif Menghafal al-Qur’an
  2. Hukum Bacaan Qolqolah  (Lihat pula: DISINI)
  3. Sifat dan Tingkatan Qalqolah dalam Ilmu Tajwid
  4. Hukum Bacaan Mad
  5. Hukum Bacaan Nun Mati 
  6. Hukum Bacaan Mim Mati 
  7. Memahami Tajwid: Pengertian Makhroj dan Diagram Makhraj Huruf (Part 01)
  8. Memahami Tajwid: Cara Menemukan Makhraj suatu Huruf (Part 02)
  9. Memahami Tajwid: Jumlah Makhraj (Part 03)
  10. Memahami Tajwid: Makhraj Jaufi (Part 04)
  11. Memahami Tajwid: Makhraj Halqi (Part 05)
  12. Memahami Tajwid: Makhraj Lisan/Lidah (Part 06)
  13. Memahami Tajwid: Makhroj Syafatain (Part 07)
  14. Memahami Tajwid: Makhroj Khoisyum (Part 08)
  15. Daftar Kitab Daurah dan Referensi Ilmu Tajwid

 

KELUAR