
Oleh: Muhammad Farid Wajdi *)
Related Post: Mengenal Profil Imam Ibnul Jazariy
BLOGGURU – Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah (المقدمة الجزرية) adalah sebuah karya Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf al-Jazari al-Syafi’i (833H) atau yang lebih populer dengan gelaran Imam Ibnu al-Jazari. Kitab yang disusun dalam bentuk bait-bait syair ini merupakan salah satu karya utama dalam disiplin ilmu Tajwid. Judul asal kitab ini ialah al-Muqaddimah fi ma yajibu ‘ala Qari’ an Yu’allimahu (المقدمة في ما يجب على قارئ القرآن أن يعلمه).
Kandungan kitab ini merangkumi beberapa bab ilmu Tajwid yang dijelaskan secara mudah dan sistematik; bermula dengan penjelasan sifat dan makhraj huruf-huruf di dalam al-Qur’ān, beberapa asas ilmu Tajwid hingga pembahasan yang berkaitan dengan penulisan perkataan di dalam Rasm ‘Uthmani.
Kepentingan karya ini berbanding karya-karya yang lain, adalah kerana penjelasan yang diberi amatlah ringkas dan mudah difahami, dirangkai dalam bait-bait syair yang indah dan penuh makna, sehingga sesuai untuk golongan yang baru mahu memulakan perjalanan intelektual mereka dalam tradisi ini.
Kitab ini telah menarik perhatian para ulama, di mana mereka telah menyusun beberapa karya sebagai huraian (syarah)nya, antaranya;
Kitab ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyyah dalam bahasa Arab boleh dimuat turun melalui pautan المقدمة الجزرية.
Alhamdulillah, sungguh menjadi satu kebahagiaan tersendiri al-faqir dapat mengikuti majelis sama’ wal ijazah untuk Kitab al-Muqaddimah al-Jazariyah ini dengan kitab syarahnya, baik dari ustadzuna, Ustadz azhar al-Maidany, ustadz Ahmad al-Hawasy, maupun dari Ustadz Abu Abdillah al-Batawy. Di sisi lain, penulis juga telah memberikan catatan terjemahan dan mempublikasikannya di media Blog Guru ini.

Ijazah Sanad al-Muqaddimah al-Jazariyah dan syarahnya. (foto: ist/*)
Demikian sedikit catatan dari al-faqir, semoga bermanfaatnya adanya. Barakallahu fiikum. (*)
(* Muhammad Farid Wajdi, Guru Al-Qur’an-Hadits/Pengasuh Ponpes Modern Putri IMMIM Minasatene-Pangkep.
Sehimpun Tulisan/Artikel terkait: